Hari Ni Aku Menangis ....


Sila baca situasi 1 di bawah tu dulu sebelum anda membaca situasi 2...


Situasi 2 (2 hari lepas)


Semua guru telah pulang. aku masih menyiapkan kerja-kerjaku di dalam bilik guru. Masih awal lagi untukku pulang ke rumah. Sepol (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pelajarku yang cemerlang dalam matapelajaran yang aku ajar. Dia begitu rapat denganku dan selalu berbual-bual denganku. Sikapnya yang riang dan begitu menghormati guru membuatkan semua guru memujinya. Petang itu, seperti biasa Sepol datang ke bilik guru untuk berbual denganku.....

Sepol: Cikgu tak balik lagi ka?


Cikgu Faizah: Dak lagi. awai lagi la... kataku sambil tersenyum.

Sepol: Cikgu, hari sain buku rekod nanti boleh dak kalau mak saya wakilkan kat sapa-sapa untuk sain?

Cikgu Faizah: Boleh rasanya tapi kamu kena bincang dan dapatkan kebenaran mak kamu dulu



Hari sain buku rekod adalah istilah utagha bagi hari menandatangani report card (buku prestasi pelajar... kata dik ct la... tak boh makna satgi dik ct tak paham plak ... hehehe)



Sepol: mak saya betoi-betoi takleh mai cikgu. Saya dah 3 tahun tak jumpa mak saya cikgu.


Cikgu Faizah: Mak kamu pi mana?


Sepol: cikgu, mak saya dah 3 tahun dalam penjara cikgu... Jawab Sepol perlahan. Aku terkejut dengan apa yang dikatakan Sepol.


Cikgu Faizah:Erk! pasai apa dengan mak kamu Sepol?


Sepol: pasai dadah cikgu....


Cikgu Faizah: ayah kamu takleh mai ka Sepol?


Sepol: Cikgu, saya dah lama tak jumpa ayah saya. sejak dari saya tadika lagi.... Ayah saya tinggalkan kami cikgu...

Sekali lagi, petang itu aku cuba memujuk dan memberi semangat kepada Sepol yang aku anggap seolah-olah seperti adik aku sendiri. Betapa tabahnya dia mengharungi bermacam-macam dugaan ini. Sepol sekarang dijaga oleh mak ciknya. Aku betul-betul tidak menyangka rupanya Sepol dilahirkan dari keluarga sebegitu.


Aku menangis.... bukan kerana sedih. Tetapi aku menangis kerana memikirkan tentang masa depan mereka... Tentang masa depan Sepol dan Ija... dan juga masa depan ramai lagi remaja yang mengalami masalah seperti Sepol dan Ija.


Ya Allah, Kau peliharalah mereka....Walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga yang sebegitu, Kau lindungilah mereka ya Allah...


Dan petang ini aku semakin menyedari kenapa aku ditakdirkan menjadi seorang guru.... mereka perlukan aku...


*Tu adalah contoh dua situasi yang aku alami... termasuk situasi dalam entry pertama tadi. Situasi ini bukan situasi sebenar tp seakan-akan sama. situasi sebenar terpaksa aku rahsiakan demi menjaga maruah beberapa pihak.

4 comments:

Anonymous said...

aku sedihhhhhhhhhhhhh......

Faizah Binti Harun said...

aku pun sedih pasai tu aku nangis huhuhu... dah la aku ni jiwa haluih (kata kak klod la kan)

Anonymous said...

cikgu faizah

cikgu pernah buat novel ke..tulisan cikgu mcm novelis la hehhe...simpati kan budak2 mcm sepol..pandai harap dia terus maju dlm pelajaran

Anonymous said...

kak geb, thanx lawat blog kami ni... :) kami tak penah tulis novel tp nak buat camana oghang ada bakat ala2 oghang seni jugak ekekekeke....

tu la... sedih kalau pikiaq pasai remaja-remaja yang ada problem macam tu...

Stir Fried Spinach With Garlic

    This is how I enjoy SPINACH hihihi Love the aromatic fried garlic that I put to my sauteed spinach. Ingredients: ...