SITUASI I (2 TAHUN LALU)
Senja telah hampir melabuhkan tirainya. aku beserta beberapa orang peserta program di sebuah surau di pinggir KL sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa. As usual, aku yang dikatakan terer bancuh air pun memulakan operasi membancuh air.... (kengkawan yang kata sebab nak pujuk aku bancuh air la katakan tp hakikatnya tidak pun hehe)
Faizah: nak tolong akak bancuh air?
Adik As dan Ija: nak... nak...
Dengan girangnya mereka mempelawa diri
As dan Ija: akak kami tak puasa kehkehkeh leh la rasa air tu nanti... (kata mereka sambil berbisik kepadaku dan ketawa keriangan)
Faizah: ok... ok... jom jom......
Aku dengan happy dan begitu bersemangat cepat-cepat memulakan operasiku. Sambil-sambil tu aku sempat berborak dengan dua orang adik ni yang baru berumur 15 tahun. As dan Ija adalah sepupu. As tinggal berhampiran surau tersebut manakala ija tinggal di Johor dan datang ke KL bersama 'mama'nya atas beberapa sebab.
Faizah: Ija selalu ker balik KL?
Ija:kadang-kadang ja akak... jawabnya ringkas.
As: Kak Faizah, Ija datang nak jumpa mak dier....
Faizah: Eh! yang hantar Ija tadi tu saper? tanyaku merujuk kepada 'mama'nya yang menghantar Ija sebelum program bermula tadi.
Ija:Yang tu mak angkat saya akak. Saya datang KL ni nak jumpa mak kandung saya.
Faizah: adik dah jumper ke mak adik tu? tanyaku sedikit terkejut dengan kenyataan Ija tadi.
Ija: akak, mak saya tak nak jumpa saya.... Jawab Ija perlahan sambil tertunduk...
Aku pandang muka Ija. Rupanya disebalik kegirangan adik ini, ada cerita sedih di dalam hidupnya. Rasa kesedihan kelihatan di sebalik air mukanya yang jernih.
As: Akak, mak Ija tak nak jumpa Ija. Ija anak luar nikah. Mak Ija memang dari dulu tak pernah anggap Ija sebagai anaknya.....
Ija:Ha'a akak. ayah saya pun saya tak tau saper. saya tak pernah jumpa ayah saya sejak saya lahir lagi... mak pulak tak nak juper saya...
Mata Ija bergenang kesedihan. Suasana yang tadinya ceria bertukar menjadi suram. sesuram hari yang semakin melabuhkan tirai senjanya.... Ija pulang keKL semata-mata ingin berjumpa dengan ibu kandungnya. Perasaan rindu dan kasihnya kepada ibu kandungnya mendorong Ija pulang ke KL. Tetapi ibunya tidak pernah menerima diri Ija.
Hatiku tersentak dan terdetik "betul ker...." tapi aku cuba dan hanya mampu untuk senyum. cuba untuk meredakan ketegangan petang itu. cuba untuk menenangkan kembali suasana suram tersebut.
Faizah: sabar yer adik... mungkin ada sebab dan hikmahnya disebalik semua ni...
Dan selepas itu, sepanjang petang itu, aku cuba memujuk gadis kecil ini walau pahit sekalipun kenyataan yang dihadapinya...
Ketika aku masih belajar, aku telah mengikuti beberapa program khidmat masyarakat yang dianjurkan pihak universiti. Pelbagai pengalaman yang aku dapat tapi yang ni paling tidak dapat aku lupakan....
No comments:
Post a Comment