Showing posts with label My Students. Show all posts
Showing posts with label My Students. Show all posts

L O V E my job :)


Erk! Serabut aku tengok timbunan yang hanya tinggal space utk notebook kecik tu ja. Harap-harap tak timpa tuan meja ha3



Argh! mana satu nak buat ni? 


~~~~~~~~Moooooooooddddd please come~~~~~~~~~~

I need more S P A C E.
I mean, real S P A C E  hu3


Semoga Berjaya!!!!

Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar-pelajarku yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula 14/11/2011. Doa cikgu sentiasa mengiringi kalian.

SELAMAT MENJAWAB.
ALL THE BEST!!!!

Dari Gurun Menuju ke Padang Besar

Atas permintaan my students yang lawat blog ni and suruh upload gambar, so, aku uploadkan gambar masa lawatan ke Perlis tempoh hari.


Cikgu dah upload untuk angpa nooo... Jom tengok!


Sebelum bertolak



Jangan lupa baca doa dulu yer....



Sampai dah di Perlis.
Destinasi pertama, Muzium Kota Kayang.









Ke Ladang Anggur pulak yer....



And lastly, Gua Kelam yang kelam... :D





p/s: Gambar kat Padang Besar takder yer sebab busy shopping ngehehehe
rasa relex n santai sangat sebab dah lama tak jalan-jalan ngan students ku... :)

My Lovely Students

Tengah belek-belek dalam laptop, jumpa beberapa pictures students aku yang aku snap ketika suntikan Anti Tatanus (Tatanus ka Tetanus ka Hingus ka apa ntah nama dia, sorry doc klau silap ngehehehe). Jom tengok students aku yang nervous+ketaq nak kena suntik tu hehehehe

Tengah dengar briefing dari "misi"

Gambar students pompuan tgh inject takleh letak lah yer.... AURAT hehe



wahhhh steady jer... siap bergurau-senda n stretching2 lagi tu....



Masing-masing dah standby lengan untuk disuntik....


Amni selamba n kontrol macho....

Senyum skit lepas kena usik ngan aku hahaha
Senyum2 kelat.... SENYUM PENGUBAT LUKA opssss! DUKA lah

Suntikan ni untuk students Form 3. Sekarang diorang tengah amik trial yg bermula dari hari ini (16/8). Best sebenarnya tengok pics students aku yg banyak kerenah n so lovely ni....

MEREKA PENGUBAT DUKAKU *smile

Day 1& 2 - Pulau Kapas (15/8/08-16/08/08)

Tak sempat aku nak memblog 2-3 hari ni. Sibuk sikit sebab para pelajar aku menghadapi peperiksaan percubaan PMR. Kebetulan, aku sebagai SU PMR kat sekolah ini, so, aku kena la observe exam ni.
OK, sambung perjalanan kita di Terengganu hari tu. Selepas ke TTI, kami bertolak ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Memang adventure dan mencabar giler naik bot ke Pulau Kapas ni. Dah la laut beralun-alun sikit walaupun cuaca hari tu cerah jer... Tengok la gambar bot yang kami naiki hari tu hehe

Memasing cuak dah tengok bot ni hehe. Aku dok pikiaq time tu, biaq betoi... bleh ka aku naik bot ni neh? huhuhu.

Muka aku yang tengah kontrol ketaq sebab first time naik bot yang macam ni. ngehehehe. Masa gambar diambil, bot baru ja start. Masa bot tengah berjalan, aku terpaksa tutup and lindung kamera D40 kesayangan aku dengan towel sebab air laut banyak sangat percik masuk dalam bot. Disebabkan mak aku duduk kat tepi sekali, habis baju dia basah kena air laut. Betul-betul pengalaman yang begitu berharga tau...

Muka-muka students aku yang belum lagi nampak cuak sebab bot baru berjalan. hehehe

Fuhhh alhamdulillah sampai juga akhirnya....

Kami bermalam di Pulau Kapas. Tak sempat nak amik gambaq chalet kami tu. By the way, chalet-chalet tu semua comel-comel ja... Puas hati la dengan penginapan tu :)



Menikmati hidangan makan malam di Pulau Kapas.... Kena angin laut sepoi-sepoi bahasa ja.... sambil makan pun rasa macam nak tidoq :D

Semalaman menginap di Pulau Kapas, keesokan paginya kami meneruskan lagi agenda kami di Terengganu n Kelantan. Ni time dah balik dah. LEga skit sebab kena naik bot ni masa balik :). Lagipun laut tak beralun sangat.



Akhirnya, sampai jugak kat Jeti Marang. Aku tak sabaq-sabaq nak pi jalan-jalan and shopping kat Pasar Payang n Kelantan dah ni. Tangan dok gatai-gatai dah nak shopping ni hehehe


Daaaa aku pi jalan-jalan and shopping dulu naaaa. Bye-bye.....

My New Sweetheart

Hari ni rasmi my new sweetheart hehehe
dah lama mengidam nak ada benda ni tau...
setelah aku memikirkan pro and cons beberapa choice DSLR dan meng'adjust budgetku, akhirnya kamera nikon D40 aku rembat.
so, hari ni aku rasmi kameraku :D
pastu, ni first time aku buat komik pakai pic yg diambil guna kamera baruku


LAwak from ayugirl23 on Comiqs

Malam ni, nak tidoq ngan sweetheart baru tau.
Sweetheart aku ni dah siap dok tunggu atas katil. Angpa nampak tak? hehehe

Wall Mural and Painting

Perhatian untuk semua ulat-ulat bulu di luar
sana:
Pesanan ringkas para pelajarku hehe

"Jadilah ulat buku jangan jadi ulat bulu"
JANGAN SEKALI-KALI JADI ULAT BULU TAU :P

Mural kat dinding asrama putera
Walaupun simple, tapi nampak cute :)


Papan tanda arah yang dilukis sendiri oleh pelajar-pelajarku

Memandangkan depa ni melukis time malam yang gelap ni, sorang pelajar melukis, manakala sorang pelajar lagi kena la suluh dengan torchlight ( pelajar aku yang pakai baju putih tu tengah pegang torchlight kat tangan kirinya). Kalau idak, pakai melukis dalam kegelapan la jawapnya hehe


Nampak tak bintik-bintik putih dalam gambaq di bawah ni huhuhu. Adakah itu entiti???? Atau bilasan cahaya dari lampu-lampu yang ada di sekeliling kami???

Untuk pengetahuan semua, gambar ni ditangkap ketika malam kejadian 'penyembunyian' charger laptop tu ( refer entry ~~Seram Sejuk~~l)

Dalam gambar ni lagi la banyak bintik-bintik putih tu hu3.

Apa-apa je lah... janji jangan kacau kami tengah buat gheja dah la hehe

* sorry, kualiti gambar kurang memuaskan sebab amik time mlm n tak banyak cahaya sangat

Program Biodiversity

Program Biodiversity ini dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan
diadakan di Gunung Jerai selama 3 hari 2 malam
pada 18/4/08 - 20/4/08
di tapak perkhemahan Kem Rekreasi Gunung Jerai
banyak jugak aktiviti yang diadakan

antaranya LDK, night walk, kenal2 dengan flora dan fauna, aktiviti baca kompas la dan mcm2 lagi lah (tak tersenarai pasai banyak sangat)
ni antara gambaq anak murid aku khas untuk dik ct yg tgh mencari calon utk adik angkat
hehehehe


Baru nak pasang khemah


senam robik tarian poco-poco

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Pokok Cina Maki. Dengar cerita digunakan sebagai ubat untuk meguruskan badan.
Anak murid aku siap offer suh aku mkn pokok ni huahuahua
Pokok Kelat Gelam katanya



Air telaga yang berdekatan ngan tapak perkhemahan. yang ni memang pure punya air mata air. air dia sentiasa keluar membuak-buak macam dalam gambar ni...

Last sekali, pemandangan dari atas gunung jerai khas untuk semua pembaca blog ni.
Cantik dan sejuk mata memandang.
Jumpa lagi...

Adakah Aku Sedang Dilamun Cinta?

Cinta,

manusia akan berkorban apa saja demi cinta,

kata orang,

demi cinta...

lautan api sanggup direnangi

gunung everest sanggup didaki....

betul ker?


Cinta,

kadang-kadang membuatkan kita hilang pertimbangan,

kadang-kadang membinasakan kita,

kadang-kadang membahagiakan kita,

kadang-kadang pahit,

dan kadang-kadang manis....


Aku rasa aku macam......

dilamun satu perasaan yang indah,

satu perasaan yang tidak dapat digambarkan,

ya, aku rasa aku dilamun......

............. cinta.............


semalam kami bersms bagai la kan, antara aku dan dia...

sms kami berbunyi camni la: (Aku dan Dia)


sms Dia: Assalamualaikum... teacher, how to understand about this, this and this....


sms Aku: oooo it is about bla.... bla... and bla..... You need to understand about this... this... and this...


sms Dia: ok teacher, saya dah faham dah... thanx...


sms Aku: I'm glad you can understand, my dear. how about your preparation for your trial?


sms Dia: dah ready dah... but i'm afraid la teacher.


sms Aku: don't worry. Try to do a lot of exercises and we will try to discuss about that exercises later. The most important thing is that you need to work hard...


sms Dia: Allright... ni yg bertambah lg semangat nak blajar ni.....


Lepas ja sms ni aku dah zzZZZzzzzZZZZzzzZZZzzzzZzZzzZZzzz dah

Then, 10 minutes later, I got another sms:



sms Dia: Teacher dah tidur yer.. sweet dream... saya doakan teacher slalu.. I love you teacher.... ---> sms ni aku baca dengan sebelah mata saja yg terbuka sebab terlalu mengantuk. sambil sengih-sengih sendirian sampai tertidur.... :D


My dear, this is for you:




YA! aku dah jatuh cinta sebenarnya.... jatuh cinta dengan KERJAYA aku!


pst: jgn salah sangka naih... student aku tu perempuan... kata2 aku tu hanya dari seorang guru kepada anak muridnya saja :)

tp honestly, sejuk jer hati bila dapat sms mcm ni dari pelajar kita... rasa tak rugi keringat ni tumpah untuk mereka *wink....

Ekspedisi Ke Gunung Jerai



Gunung Jerai, here we comeeeeeee!


28/7/07, aku dan beberapa org guru telah mengiringi pelajar-pelajar aku berekspedisi ke Gunung Jerai. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini ramai la jugak. lebih kurang 100 orang jugak la...


Perjalanan masa mendaki kami naik van jer... masa turun kami jalan kaki ikut denai. pastu turun sampai la ke Tangga Kenari. Destinasi terakhir kami ialah di Air Terjun Titi Hayun. Ni la antara gambar-gambar yang sempat di snap.




Perjalanan bermula seawal pagi. Semangat betul la students aku ni :p



Barisan guru dan staf yang mengikuti ekspedisi kali ni.



Pelajar-pelajar aku tengah sabar menanti ketibaan van di kaki Gunung Jerai. Cari sendiri mana satu Cikgu Faizah yang terselit tengah-tengah pelajar itiewww



Sampai saja kami di puncak Gunung Jerai, pandangan kami terarah ke sebatang pokok. Di pokok tersebut terdapat satu/sebuah/ sebijik (erk! penjodoh bilangan apa yg sesuai tak tau :P) sarang semut yang teramat la besarnya. First time tengok ni....



Di puncak Gunung Jerai.
Sebingkis ucapan dan nasihat dari ayahanda pengetua sebelum memulakan ekspedisi.



Telaga Tok Sheikh yang terletak di kawasan puncak Gunung Jerai.


Orang kata air dari telaga ni bagus untuk menyembuhkan penyakit. Ada plak orang suruh aku minum, katanya untuk cepatkan jodoh . kuikuikui depa nak suh aku kawen cepat la gamaknya hahaha :D.


Tapi aku tak pasti la sejauh mana khasiat air telaga ni. Tapi yang pasti air telaga ni memang bersih dan betul-betul sejuk. Macam minum air sejuk ja... (Wallahua'llam)



Perjalanan menuruni Gunung Jerai dimulakan mengikuti denai yang telah sedia ada.




Akhirnya, sampai juga kami di Tangga Kenari.


Menuruni Tangga Kenari ni lagi mencabar dari menuruni menggunakan denai. Tangga Kenari mempunyai lebih 1000 anak tangga. Kami sampai di bawah (Air Terjun Titi Hayun) kira-kira pukul 1 tengahari dah terus makan tengahari di situ.

Sorry sangat-sangat pasal gambar-gambar di Air Terjun Titi Hayun tu takdak...


Tak larat dah aku nak snap gambar. pasai kaki aku dah sakit dok jalan kengkang dah masa tughun tuuuuu. ni angkara masa turun kat Tangga Kenari tu la. Turun ikut denai takpa ja.. releks ja tapi turun ikut tangga tu fuhhhh mencabar betoi...


Lepas ja program ni sapa-sapa yang ikut ni (pelajar+cikgu) hampir semua jalan semacam ja... kengkang selama seminggu hahahaha.... kalau ada lagi program macam ni macam nak ikut lagi ja. Best o0o0o0....

Stir Fried Spinach With Garlic

    This is how I enjoy SPINACH hihihi Love the aromatic fried garlic that I put to my sauteed spinach. Ingredients: ...