Cik Ti

Aku terbaca satu entry dalam blog mkay,yang ditulisnya sempena sambutan hari lahirnya yg ke dotdotdot

tapi bukan pasal mkay yg menarik perhatian aku,tapi pasal Cik Tikus yang diceritakan mkay dalam entrynya
hehehehe bila aku baca ja entry mkay tu... teruih teringat satu citer pasai Cik TIKUS ni masa aku skolah dulu... :D


Dulu, masa aku sekolah dulu. Aku dok hostel and kat dalam hostel aku tu Cik TI ni betul-betul mengganas dalam bilik. Aku pun balik umah tanya la petua nak halau CIK Ti ni.kat mak, ayah, tok, tok wan, mak menakan, pak menakan la semua camana nak buat ngan gejala Cik Ti ni.... so, depa pun suggest untuk aku letak DAUN POKOK DURIAN BELANDA.


Memandangkan kat rumah tok aku ada pokok durian belanda ni, aku pun kutip la lebih kurang sekarung plastik. bila balik hostel ja, aku pun tabur-tabur la daun ni kat merata ceruk dalam bilik tu. kat bawah katil aku letak 2-3 helai, kat tepi almari aku letak 2-3 helai. pendek kata, setiap ceruk la aku letak....

Pepagi esoknya aku pun bangun la...... dalam fikiran aku sure CIK TI ni dah fenin2 lalat ngan daun pokok durian belanda aku tu...aku pun dengan girangnya bersiap-siap nak pi sekolah...

elok aku amik beg sekolah ja baru aku prasan. huhuhu beg sekolah aku DIGIGIT CIK TI huhuhu...aku pi skolah ngan beg yg digigit itu.

cis cik ti ni... macam tau-tau saja aku yang letak daun tu. pasaipa beg orang lain tak kena gigit pun??? pasaipa beg aku jadi mangsa??? huhuhu nasib baik dia gigit kat bawah ja... aku leh la cover- cover skit masa pi sekolah tu...

Moral of the story: Jangan letak DAUN POKOK DURIAN BELANDA untuk menghalau tikus. kalau nak letak tu, letak at your own risk la... hahahaha




No comments:

Stir Fried Spinach With Garlic

    This is how I enjoy SPINACH hihihi Love the aromatic fried garlic that I put to my sauteed spinach. Ingredients: ...