Alhamdulillah...

hari ni bawak mak pi shopping beli kain nak buat baju untuk pakai raya nanti. ok, yang jadi persoalannya hari ni, kenapa aku beli kain untuk buat baju raya terlalu la awal. baru ja hujung bulan 7 dan raya puasa jatuh pada bulan 10. ada 2 bulan lebih lagi nak raya....

Tapi aku memang terpaksa beli kain untuk buat baju kurung tu awal-awal. sebab kalau lambat nanti tailor dah tak mau menerima tempahan. Kenapa tailor dah tak mau menerima tempahan sedangkan raya lagi 2 bulan lebih? Sebab terlalu la banyaknya tempahan yang diterima tailor.

hmmm..... apa yang aku nak cakap sebenarnya? sebenarnya aku nak bagitau yang ramai orang (bukan semua naih..) akan beli sampai 2-3 pasang baju raya. Anda boleh bayangkan tak ada di antara kita yang terpaksa pakai baju raya tahun-tahun lepas tanpa ada baju baru. Raya Puasa ka Raya Haji ka, baju sama ja...

Termasuk la aku dulu-dulu masa time study dulu... baju Raya Puasa akan diulang pakai untuk Raya Haji. n aku buat sepasang saja untuk kedua-dua raya tersebut. bukan tak mampu or tak nak mintak dengan mak ayah aku, tapi aku selalu ja fikir, kan baik kalau duit beli baju baru tu digunakan untuk tujuan lain... contohnya beli buku ler... sebab aku suka membaca...

Alhamdullilah, dan bersyukurlah anda semua sebab mampu pakai baju raya 2-3 pasang. ANDA boleh sama-sama fikirkan tak macam mana dengan yang tak mampu beli tu? *wink......

Di Sini.......


Di sinilah bermulanya.....


A road to a long journey


Di sinilah.... mereka belajar



Di sinilah.... mereka berdiskusi




Di sinilah, mereka bermain



and... kat sini la

aku selalu terlelap, hehehe bukan sengaja tp 'ter'lelap. (iklan sat)

sebab, aku slalu buat kelas tambahan sampai ke petang... time rajin.. hehe
mana satu meja cikgu Faizah ni? :) meja pertama dlm gambar di atas (sebelah kiri)


Disinilah, mereka naik atau turun.....


Dan di sinilah aku cuba lakukan yang terbaik....

Walau apa sekalipun, di sinilah tempat aku menggalas tanggungjawab dan harapan anak bangsaku.....

pst: pandai tak pelajar aku berlakon depan kamera? Masing-masing ada bakat sebenarnya.. kan?

Dah sepuluh tahun rupanya....


Sedar tak sedar, dah sepuluh tahun rupanya...
Dah sepuluh tahun aku tak menjejakkan kaki kat dusun ni.
Bukan tak nak, tapi atas sebab-sebab tertentu yang membuatkan aku tak dapat menjenguk dusun ni....
Rindu bebeno aku kat dusun ni. siap termimpi-mimpi lagi hehehe...


Denai(jalan) masuk ke dusun. macam nak pi jungle trekking ja...









Rumah lama peninggalan arwah moyang...




Ni dia buah-buahan segar dari dusun










can you see what I'm seeing?

ni la pokok jentik-jentik. yang kuning tu buah Jentik-jentik. Punya la banyak sampai satu pokok tu...





Kat dusun moyang aku ni ada sungai. dah sepuluh tahun rupanya aku tak bermandi-manda kat sini... argghhh beshnyer mandi kat sini. air sejuk n fresh dari gunung jerai ni. tapi hari aku pi ni baru ja lepas hujan. so, air dia keruh sikit.




puas betul makan buah lepas balik dusun :)

kalau nak rasa, jemput la mai rumah...

Gath da' Queen




Tarikh :27 Mei 2007

Tempat : Taman Tasik Permaisuri, Cheras

forummer yang hadir: Bunga_Ketela, Kubus, Ayugirl23, ctmufizano, Claudia Lestat, Jelma

26 Mei aku bertolak ke KL. Pi kursus kat IPTek KL. sampai ja pagi 27hb mei tu register kolej. Petang tu terus ada gath geng2 KL plan buat gath special untuk aku ekekeke.


kakak-kakakku yang terchenta tengah sabaq tunggu adik depa yang terchenta (aku ngan dik ct sampai lambat skit) kak kub posing maut tu.........


kak klod ngan kak long.... kak klod, mintak ayaq ais suam satu! kak klod, carrot cake mana? huhuhuh




Aku sampai ja ngan dik ct teruih sambaq pinggan boh makanan heheehe. seghopa tak mkn seminggu tu... sedap banget makanan hat depa masak.


Nendyaaa makanan yang dibawa hari tu...




Dadih dik ct buat khas untuk aku la ni :D





Ayam yang aku goreng khas untuk kakak2 Kp terchenta. pulun pi beli ayam kat JJ taman Maluri ngan dik ct tp sebenaqnya kat tepi tasik tu pun ada KFC huhuhu.






comeynya tasha makan ais kerim. auntie nak cikit boleh?





Sebelum balik aku pun menapau bawak balik kat asrama.... tupperware kak long ni aku bawak balik sampai kedah tawww... thanx kak long, pinjamkan tupperware



* thanx untuk semua forummer tegar Kedah/perlis kerana sudi anjurkan gath special untuk kami ni.... n the food are really delicious la... nyummie nyummie



Hari Ni Aku Menangis ....


Sila baca situasi 1 di bawah tu dulu sebelum anda membaca situasi 2...


Situasi 2 (2 hari lepas)


Semua guru telah pulang. aku masih menyiapkan kerja-kerjaku di dalam bilik guru. Masih awal lagi untukku pulang ke rumah. Sepol (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pelajarku yang cemerlang dalam matapelajaran yang aku ajar. Dia begitu rapat denganku dan selalu berbual-bual denganku. Sikapnya yang riang dan begitu menghormati guru membuatkan semua guru memujinya. Petang itu, seperti biasa Sepol datang ke bilik guru untuk berbual denganku.....

Sepol: Cikgu tak balik lagi ka?


Cikgu Faizah: Dak lagi. awai lagi la... kataku sambil tersenyum.

Sepol: Cikgu, hari sain buku rekod nanti boleh dak kalau mak saya wakilkan kat sapa-sapa untuk sain?

Cikgu Faizah: Boleh rasanya tapi kamu kena bincang dan dapatkan kebenaran mak kamu dulu



Hari sain buku rekod adalah istilah utagha bagi hari menandatangani report card (buku prestasi pelajar... kata dik ct la... tak boh makna satgi dik ct tak paham plak ... hehehe)



Sepol: mak saya betoi-betoi takleh mai cikgu. Saya dah 3 tahun tak jumpa mak saya cikgu.


Cikgu Faizah: Mak kamu pi mana?


Sepol: cikgu, mak saya dah 3 tahun dalam penjara cikgu... Jawab Sepol perlahan. Aku terkejut dengan apa yang dikatakan Sepol.


Cikgu Faizah:Erk! pasai apa dengan mak kamu Sepol?


Sepol: pasai dadah cikgu....


Cikgu Faizah: ayah kamu takleh mai ka Sepol?


Sepol: Cikgu, saya dah lama tak jumpa ayah saya. sejak dari saya tadika lagi.... Ayah saya tinggalkan kami cikgu...

Sekali lagi, petang itu aku cuba memujuk dan memberi semangat kepada Sepol yang aku anggap seolah-olah seperti adik aku sendiri. Betapa tabahnya dia mengharungi bermacam-macam dugaan ini. Sepol sekarang dijaga oleh mak ciknya. Aku betul-betul tidak menyangka rupanya Sepol dilahirkan dari keluarga sebegitu.


Aku menangis.... bukan kerana sedih. Tetapi aku menangis kerana memikirkan tentang masa depan mereka... Tentang masa depan Sepol dan Ija... dan juga masa depan ramai lagi remaja yang mengalami masalah seperti Sepol dan Ija.


Ya Allah, Kau peliharalah mereka....Walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga yang sebegitu, Kau lindungilah mereka ya Allah...


Dan petang ini aku semakin menyedari kenapa aku ditakdirkan menjadi seorang guru.... mereka perlukan aku...


*Tu adalah contoh dua situasi yang aku alami... termasuk situasi dalam entry pertama tadi. Situasi ini bukan situasi sebenar tp seakan-akan sama. situasi sebenar terpaksa aku rahsiakan demi menjaga maruah beberapa pihak.

Hari Ni Aku Menangis I....

Ada beberapa perkara yang betul-betul menyentuh perasaanku hari ini. Sila baca entry ini dan entry seterusnya....


SITUASI I (2 TAHUN LALU)


Senja telah hampir melabuhkan tirainya. aku beserta beberapa orang peserta program di sebuah surau di pinggir KL sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa. As usual, aku yang dikatakan terer bancuh air pun memulakan operasi membancuh air.... (kengkawan yang kata sebab nak pujuk aku bancuh air la katakan tp hakikatnya tidak pun hehe)


Faizah: nak tolong akak bancuh air?


Adik As dan Ija: nak... nak...
Dengan girangnya mereka mempelawa diri


As dan Ija: akak kami tak puasa kehkehkeh leh la rasa air tu nanti... (kata mereka sambil berbisik kepadaku dan ketawa keriangan)


Faizah: ok... ok... jom jom......


Aku dengan happy dan begitu bersemangat cepat-cepat memulakan operasiku. Sambil-sambil tu aku sempat berborak dengan dua orang adik ni yang baru berumur 15 tahun. As dan Ija adalah sepupu. As tinggal berhampiran surau tersebut manakala ija tinggal di Johor dan datang ke KL bersama 'mama'nya atas beberapa sebab.


Faizah: Ija selalu ker balik KL?


Ija:kadang-kadang ja akak... jawabnya ringkas.


As: Kak Faizah, Ija datang nak jumpa mak dier....


Faizah: Eh! yang hantar Ija tadi tu saper? tanyaku merujuk kepada 'mama'nya yang menghantar Ija sebelum program bermula tadi.



Ija:Yang tu mak angkat saya akak. Saya datang KL ni nak jumpa mak kandung saya.


Faizah: adik dah jumper ke mak adik tu? tanyaku sedikit terkejut dengan kenyataan Ija tadi.


Ija: akak, mak saya tak nak jumpa saya.... Jawab Ija perlahan sambil tertunduk...


Aku pandang muka Ija. Rupanya disebalik kegirangan adik ini, ada cerita sedih di dalam hidupnya. Rasa kesedihan kelihatan di sebalik air mukanya yang jernih.


As: Akak, mak Ija tak nak jumpa Ija. Ija anak luar nikah. Mak Ija memang dari dulu tak pernah anggap Ija sebagai anaknya.....



Ija:Ha'a akak. ayah saya pun saya tak tau saper. saya tak pernah jumpa ayah saya sejak saya lahir lagi... mak pulak tak nak juper saya...



Mata Ija bergenang kesedihan. Suasana yang tadinya ceria bertukar menjadi suram. sesuram hari yang semakin melabuhkan tirai senjanya.... Ija pulang keKL semata-mata ingin berjumpa dengan ibu kandungnya. Perasaan rindu dan kasihnya kepada ibu kandungnya mendorong Ija pulang ke KL. Tetapi ibunya tidak pernah menerima diri Ija.


Hatiku tersentak dan terdetik "betul ker...." tapi aku cuba dan hanya mampu untuk senyum. cuba untuk meredakan ketegangan petang itu. cuba untuk menenangkan kembali suasana suram tersebut.



Faizah: sabar yer adik... mungkin ada sebab dan hikmahnya disebalik semua ni...



Dan selepas itu, sepanjang petang itu, aku cuba memujuk gadis kecil ini walau pahit sekalipun kenyataan yang dihadapinya...



Ketika aku masih belajar, aku telah mengikuti beberapa program khidmat masyarakat yang dianjurkan pihak universiti. Pelbagai pengalaman yang aku dapat tapi yang ni paling tidak dapat aku lupakan....

Uji Kelancaran Lidah Anda :)



SILA BACA DENGAN LAJU....BARU TAU..LIDAH TU OK KER TAK OK....EKKK!


Cerita yg bermula
dengan huruf C:

Copot cahabat ciput,
Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari
cengkerik. ciput cuke
cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came
copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahaye cerah.
cahye cerah ciput
cakcikan cangat cerah campai ciput came
copot cilau.cahaye
cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput
cepat-cepat camba
copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot
cangat cuak came.
ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil
cepat-cepat cembunyi.
ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye
cahaye cerah cucah
cari ciput came copot. ciput cakap came copot,
"chuuu... chuuu...
cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap,
"copot cudah
cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye
cerah cudah chow cebab
cucah cari ciput came copot. ciput came copot
cangat cuke cebab
cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap,
"copot cayang
ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot...
Caja cuka cuka.


mafacafam mafanafa??...ofokefe
tafak??.....muakakakakaka

Tour Gath Kuala Perlis

Date : 21th April 2007

Venue : Kuala Perlis - Alor Setar

Forumer : Hang, Ultracoolguy, MsCinderella, jj, eis_82, Ayugirl23, lealaurielle, ebok, estrellas

Makan besaq kami kat kuala perlis ni tau. Ada ikan bakar, tom Yam, ketam rebus, ikan masak tiga rasa, sotong goreng tepung, telur dadar, kailan dan macam-macam lagi.



makanan sampai penuh meja la hihihi




Ketam rebus nyummie nyummie





Kailan goreng ikan masin



Lepas ja habih makan tengahari kat kuala perlis, kami menyusur ke ladang mempelam harum manis pula. makan buah pulak...




thanx to abg Hang for the very delicious food.... tak lupa jugak untuk gang2 perlis ... kami makan sampai sengkak la...




Lunch Gathering 2007


Gathering ni adalah gath untuk forummer Cari.com. Gath ni adalah gath yang kali pertama aku hadirkan diri. Best dan syok sangat sebab yang ni kali pertama aku dapat jumpa member-member forum.

Date :/01/2007
Time : 12.00 - 2.00 pm
Venue : Sri Pumpung, Alor Setar

Forumer:
1. Ultracoolguy
2. Ijai^^
3. lealaurielle
4. Ayugirl23
5. ebok
6. jj


ultra, ijai^^ dan ayugirl23




kak ebok dengan kak ina... (pasaipa avatar jj ada kat muka kak ina tu? huhu)


pst: atas sebab-sebab tertentu wajah beberapa orang daripada mereka terpaksa dirahsiakan demi keselamatan negara kuikuikui

Lawatan Pelajar SMAPG ke KL dan Cameron Highlands

Selepas peperiksaan akhir penggal tahun lalu, pelajar-pelajar SMAPG dibawa berjalan-jalan. hehehe cikgu dia yang sorang ini pun join sama....

Para pelajar dibawa melawat ke UKM, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Angkasapuri, dan balik singgah di Cameron Highland.



Di Angkasapuri



Di Ladang Teh Cameron Highlands




Bunga di taman yang sedang berkembang hehe


Renungan

Sekadar renungan kita yg slalu dtipu oleh syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh
Malaikat - Wahai Anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni... kejap lagi ye.

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ni !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30pg...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau x tengok..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah dia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah
berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat untukmu(jangan mimpilah!) ...


Ekspedisi Berkayak dari Kuala Bera ke Tasik Chini


Ekspedisi kayak ni aku join masa study dulu-dulu kat UIA. program ni kitorang buat dari 4/3/2005 hingga 6/3/2005.. Dari Kuala Bera ke Tasik Chini melalui Sungai Pahang. Jaraknya lebih kurang 60 km.


Bersiap-sedia untuk memulakan ekspedisi kami



Kami berkayak siang jer... Malam pertama kami tidur kat umah mak n abah angkat kat Kuala Bera. Malam kedua tu kami singgah tidur kat surau yg berdekatan.

Peserta-peserta ekspedisi berkayak ni...


Penat tu memang la penat tapi besh sangat. Kalau boleh macam nak join lagi ekspedisi camni... tapi camner yek?


Stir Fried Spinach With Garlic

    This is how I enjoy SPINACH hihihi Love the aromatic fried garlic that I put to my sauteed spinach. Ingredients: ...