Tak Tahu...

Tak tahu ni...
Tak tahu yang mana satu pilihanku
ARGGGHHH tulungggg

Yang pink ni cantik



Yang biru n hijau ni pun cantik... semua cantik-cantiklah huhu


Sebelum pi tu... muka bukan main berseri-seri nak pi shopping bunga telur kat padang besaq....

Bila dah sampai tu... Tak tau pulak nak pilih.

Erk! Mak pilih lah. Nanti cheq bayaq.. ngehehehe

Cheq pening kepala dah nak pilih bunga telur tu...

May, nak ubat sakit kepala satu :D

Seputih Kapas

Terlalu teruja aku menceritakan pengalaman menaiki bot sampai terlupa aku nak ceritakan keindahan Pulau Kapas dan pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan ke sana.

Pulau Kapas diberi nama kerana pasirnya yang putih bak kapas. Dan memang aku akui, pasirnya betul-betul putih dan halus berbanding pulau-pulau lain yang pernah aku lawati. Terdapat beberapa resort di Pulau Kapas dan kami menginap di Duta Puri Island Resort, Pulau Kapas.

Aku ambil beberapa keping gambar dari kamera aku dan rakan-rakanku dan juga dari website pulaupulau.com :)

Gambar ini diambil ketika bot baru bertolak.

Kawasan sekitar jeti Marang yang kami tinggalkan :)



Ada orang memancing kat atas batu-batu tiruan tu


Gambar bot lagi hehehehehe.

Yang ni setelah kami sampai di Pulau Kapas. Ni gambar di jeti.




Aktiviti pada malam kami menginap di situ.


Aktiviti aku malam tu, takdak keghijo hahaha. Apa lagi, menembak la jawabnya

Kerusi pun jadi mangsaku huhuhu


Siap ada unggun api lagi malam tu tau. Aku kat mana? tidoq dalam bilik dah time ni. Simpan energy untuk bershopping keesokan harinya ngehehehe


Inilah keindahan Duta Puri Island Resort, tempat kami menginap tu. Cantik kan?

Cafe dan pemandangan sekitar Duta Puri Island Resort. Cantik, kan? Ceiiwwaaahhh jadi macam "duta" untuk Duta Puri Island Resort la pulak kan? hehehe. Gambar diambil dari website pulaupulau.com

Ok, sampai kat sini saja kot cerita perjalanan di Pulau Kapas :)

Daaaaa

Day 1& 2 - Pulau Kapas (15/8/08-16/08/08)

Tak sempat aku nak memblog 2-3 hari ni. Sibuk sikit sebab para pelajar aku menghadapi peperiksaan percubaan PMR. Kebetulan, aku sebagai SU PMR kat sekolah ini, so, aku kena la observe exam ni.
OK, sambung perjalanan kita di Terengganu hari tu. Selepas ke TTI, kami bertolak ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Memang adventure dan mencabar giler naik bot ke Pulau Kapas ni. Dah la laut beralun-alun sikit walaupun cuaca hari tu cerah jer... Tengok la gambar bot yang kami naiki hari tu hehe

Memasing cuak dah tengok bot ni hehe. Aku dok pikiaq time tu, biaq betoi... bleh ka aku naik bot ni neh? huhuhu.

Muka aku yang tengah kontrol ketaq sebab first time naik bot yang macam ni. ngehehehe. Masa gambar diambil, bot baru ja start. Masa bot tengah berjalan, aku terpaksa tutup and lindung kamera D40 kesayangan aku dengan towel sebab air laut banyak sangat percik masuk dalam bot. Disebabkan mak aku duduk kat tepi sekali, habis baju dia basah kena air laut. Betul-betul pengalaman yang begitu berharga tau...

Muka-muka students aku yang belum lagi nampak cuak sebab bot baru berjalan. hehehe

Fuhhh alhamdulillah sampai juga akhirnya....

Kami bermalam di Pulau Kapas. Tak sempat nak amik gambaq chalet kami tu. By the way, chalet-chalet tu semua comel-comel ja... Puas hati la dengan penginapan tu :)



Menikmati hidangan makan malam di Pulau Kapas.... Kena angin laut sepoi-sepoi bahasa ja.... sambil makan pun rasa macam nak tidoq :D

Semalaman menginap di Pulau Kapas, keesokan paginya kami meneruskan lagi agenda kami di Terengganu n Kelantan. Ni time dah balik dah. LEga skit sebab kena naik bot ni masa balik :). Lagipun laut tak beralun sangat.



Akhirnya, sampai jugak kat Jeti Marang. Aku tak sabaq-sabaq nak pi jalan-jalan and shopping kat Pasar Payang n Kelantan dah ni. Tangan dok gatai-gatai dah nak shopping ni hehehe


Daaaa aku pi jalan-jalan and shopping dulu naaaa. Bye-bye.....

Day 1 -Taman Tamadun Islam (TTI), Terengganu

Sebelum ke TTI, kami bersarapan dulu. Aku memang dok mengidam lama dah nak makan nasik dagang made from Terengganu since my last visit on 2006. Sampai ja kat kedai makan tu, tak perasan kedai tu kat mana sebab aku dah nampak nasik dagang ni atas meja dalam kedai tu, so, tunggu apa lagi hehehe


Nasik Dagang yang dibungkus daun pisang. Aromanyaaaa fuhhh meleleh air liur


Bukak dulu... dah ready ni untuk dimakan...

urmmm nyummie2x. comotnya aku mkn hehehe. sedapppp tapi sebungkus ja aku makan tau :D


Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam (TTI). Kat TTI ni, ada 21 buah monumen dari pelbagai tempat. Di sini juga para pelawat dibawa mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama yang global. ok, tak nak taip panjang-panjang, korang tengok je lah pic2 ni. or kalau tak puas hati dengan pic2 ni, leh melawat sendiri hehehe. Ni antara pic2 yang semat di'shoot' :)

Stopppp. Nak tumpang naik keretapi sambil pusing-pusing TTI ni. Tak larat nak jalan duhhh...


Monumen-monumen yang terdapat di sini

Taj Mahal - lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal. Terharu tengok cinta Shah Jahan kepada isterinya huhuhu *wink wink


Kubbah As-Sakhrah ataupun The Dome of the Rock. Terletak di Jerusalem

(Sorry, gambaq senget pasai shoot dari atas ketapi... nak kena belajaq lagi ni so that shoot kat ataih ketapi tak la senget cenggini hahaha)


Kubbah As-Sakhrah lagi




Road to the Palace of Al-Hambra, Granada, Spain


The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain.


Macam besar kan? tapi kecik jer... :)
see....
hehehe... terpaksa la adik aku jadi model sat :D



Xian Mosque, China



Abu Nasr Parsa, Afghanistan


Great Mosque of Agadez,Niger

Fuhhh banyak la pulak gambar-gambar ni. Abis dah lawatan ke TTI. Ngantuks, nak tidoq dah. Nanti aku sambung pulak lawatan ke tempat-tempat lain yer... Tungguuuuuuuu

(semua pic2 ni aku shoot pakai auto function, tak dan nak shoot manual, takut tertinggai ketapi ngehehe)

Let's Cuti-cuti Malaysia

Baru balik berjalan-jalan ni sempena cuti sekolah. Fuhhhhh puas melancong kali ni. Puas jugak habiskan duit shopping kat Terengganu hahaha. Nasib baik ada something berlaku masa on the way nak pi kelantan (akan diceritakan lebih lanjut dalam entry akan datang). Kalau tidak tu, banyak lagi la aku shopping kat kelantan hehehe. Tapi rasa macam nak pi lagi. From Kedah to Kelantan and Terengganu, kami bermalam di Pulau Kapas, Terengganu. Memang best sangat.

Ayahanda tercinta merenung jauh ke hadapan....


Yang ni just gambar intro untuk entry-entry selepas ni tentang trip aku ke sana. Ada banyak lagi ole-ole dari sana tau. Tungguuuuuuu

Kembang Si Bunga

Ni my first attempt pakai manual function guna my D40. Bunga-bunga yang sedang berkembang di taman mak aku n jiran sebelah rumah aku. Aku pun tak tau pic2 ni nampak cantik ka tak di mata korang. Semua pic ni tak diedit langsung. So, aku nak comment2 korang yang amat berharga...

Comment please....
Pic A


Pic B



Pic C






Pic D


Pic E

Which one do you choose? Pic A, B,C,D or E?

Abang Pedon, Abang Din, Kak Gambiaq, dan reader2 yg yang lain, i need your precious comment :)

My New Sweetheart

Hari ni rasmi my new sweetheart hehehe
dah lama mengidam nak ada benda ni tau...
setelah aku memikirkan pro and cons beberapa choice DSLR dan meng'adjust budgetku, akhirnya kamera nikon D40 aku rembat.
so, hari ni aku rasmi kameraku :D
pastu, ni first time aku buat komik pakai pic yg diambil guna kamera baruku


LAwak from ayugirl23 on Comiqs

Malam ni, nak tidoq ngan sweetheart baru tau.
Sweetheart aku ni dah siap dok tunggu atas katil. Angpa nampak tak? hehehe

Sepi

Malam ni nak jiwang skit... sedih plak dengar lagu ni. Lagi sedih bila tengok video clip dia skali....
Sepi -Yuni Shara
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam...
sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam ....

Wall Mural and Painting

Perhatian untuk semua ulat-ulat bulu di luar
sana:
Pesanan ringkas para pelajarku hehe

"Jadilah ulat buku jangan jadi ulat bulu"
JANGAN SEKALI-KALI JADI ULAT BULU TAU :P

Mural kat dinding asrama putera
Walaupun simple, tapi nampak cute :)


Papan tanda arah yang dilukis sendiri oleh pelajar-pelajarku

Memandangkan depa ni melukis time malam yang gelap ni, sorang pelajar melukis, manakala sorang pelajar lagi kena la suluh dengan torchlight ( pelajar aku yang pakai baju putih tu tengah pegang torchlight kat tangan kirinya). Kalau idak, pakai melukis dalam kegelapan la jawapnya hehe


Nampak tak bintik-bintik putih dalam gambaq di bawah ni huhuhu. Adakah itu entiti???? Atau bilasan cahaya dari lampu-lampu yang ada di sekeliling kami???

Untuk pengetahuan semua, gambar ni ditangkap ketika malam kejadian 'penyembunyian' charger laptop tu ( refer entry ~~Seram Sejuk~~l)

Dalam gambar ni lagi la banyak bintik-bintik putih tu hu3.

Apa-apa je lah... janji jangan kacau kami tengah buat gheja dah la hehe

* sorry, kualiti gambar kurang memuaskan sebab amik time mlm n tak banyak cahaya sangat

Stir Fried Spinach With Garlic

    This is how I enjoy SPINACH hihihi Love the aromatic fried garlic that I put to my sauteed spinach. Ingredients: ...