Madu
madu bukan saja manis
tapi berkhasiat
aku bukan nak cerita pasal madu lebah tu....
tapi aku nak cerita pasal bermadu dalam perkahwinan.
ni kisah benar ni, pengalaman aku sendighi
tapi bukan pengalaman aku dimadukan naih muahahah
kisahnya bernula begini:
satu hari tu aku masuk kelas. dalam kelas ni ada 2 orang sahabat baik namanya Nina dan Haza. depa dua ni memang rapat tak kira la dalam kelas ka or kat asrama. bukan setakat classmate tapi depa dua ni juga adalah roomate.
tengah aku khusyuk menulis kat papan tulis n anak-anak murid aku khusyuk menyalin, tiba-tiba:
Athirah: Cikgu...! Ada orang teriak cikgu!
Cikgu Faizah: *adeih! pasaipa plak dah budak-budak ni. tetiba ja teriak plak ni(gumam aku lam hati)
Haza: Cikgu, Nina keriau cikgu (then satu kelas dah kelam kabut lepaih tu)
aku pun pusing tengok keadaan kelas. aku tengok si Nina dah tertunduk menangis teresak-esak. aku pun pi dekat dia n tanya:
Cikgu Faizah: pasaipa ni Nina?
Nina: sob... sob...sob...
Haza: Cikgu, kaki dia kena ketit (gigit) tebuan tgh malam tadi kat asrama. pagi ni dah bengkak.
Cikgu Faizah: ok2. kamu bawak turun dia rest kat bawah. mak ayah dia tau dak lagi pasai ni?
Haza: Tadi saya telefon ayah saya dah. dia kata satgi dia mai bawak pi klinik.
erk! dalam hati aku dok kata "baguihnya si Haza ni, kawan dia si Nina ni kena gigit tebuan dia yg siap2 kol bapak dia plak. "
then, aku pun bawak la depa turun rest kat bawah sementara tunggu ayah Haza sampai. Nina masih lagi dok menangis sampai aku takleh nak tanya apa langsung huhu.
aku pun balik bilik guru n bagitau la pada guru-guru senior apa yang jadi lam kelas td. tanya depa either aku kena kol parents si Nina. then, salah sorang senior aku bagitau.
Cikgu Sal: Faizah tak yah tipon parents Nina pun takpa dah pasai si Haza n Nina tu dua beradik. depa tu adik beradik tiri.
Faizah: erk! biaq betoiiiii. selama ni tengok depa dua orang rapat ja. pi mana pun berdua. ingat ka depa tu kawan rapat rupanya adik beradik tiri.
tergamam aku sat sebab tak menyangka such this thing bleh terjadi...
si Haza adalah anak isteri tua manakala si Nina adalah anak isteri muda. tengok! manis kan bermadu macam ni...
sama-sama anak2 tiri bleh jadi best friend lam kelas n kat bilik di asrama.... belajar sama-sama, makan sama-sama, outing sama-sama, bersukan pun sama-sama.
Dan, aku dapat nasihat dari seorang guru senior. katanya:
"kekuatan sebuah kapal tu terletak pada nakhodanya. jika nakhodanya bagus, bagus la anak-anak kapal tu.. jika nakhodanya tak baik, tak pandai memimpin, kucar-kacir la kapalnya tu....."
- hmmm aku berfikir sejenak hehehe