I Miss Sony ...



Sony, masih utuh dalam ingatanku


Awal pagi tadi
entah pasaipa tak tau
rindu pada Sony
kengkawan kat Sony
tempat keje aku dulu b4 aku bergelar seorang guru
aku sms member sony aku
hmmm dah banyak changes dah kat sony
ni la tempat pertama aku mengenali dunia pekerjaan...
thanx Sony, banyak betul benda aku blajar kat sini....

abg own (kiri sekali) dah tukaq department... banyak tolong aku neh...
abg ard (sebelah abg own) my assistant, banyak tolong aku judak... dah tukaq pi ipoh huwwaaa
depa semua empat2 org ni banyak betoi ajaq aku ... thanx...

Anis, yang dipanggil kembar aku. ke mana saja kami berdua. rakan se"batch" aku neh.



Bz buat gheja la ni kononnya hehehe



Bola satu kepada bola dua... roger! :D




Adik........


My teammate,

Personal Audio production and technical team.

ada yang dah tukar pi deparment lain dah ni.

I'm really appreciate the supports by all of you *smile

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

Ini salah satu aktiviti aku masa kat maktab,
Untuk melengkapkan subjek pengurusan GERKO,
kami dikehendaki menganjurkan satu kejohanan olahraga atau nama lainnya Kursus Kepegawaian Olahraga,

Ada di antara kami yang menjadi pegawai kejohanan,
aku plak cam besa la... dah nama pun ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
dok kat sickbay je lah gheja aku ni sambil usung stretcher hehehe

ada juga yang menjadi atlet kejohanan

jom, kita tengok gambar-gambar yang sempat aku snap....



Rumah Syahbandar :)

Puteri bendera hijau ngehngehnegh



Kakak n adik. mana satu kakak mana satu adik?(aku n k.syidah)



Tali yang akan ditarik dalam perlawanan tarik tali

(acara yang paling best hari tu ialah tarik tali wanita hehehe)


tarik jangan tak tarik





itu saja kot gambar-gambar yang ada... jumpa lagi babai... :)


Madu Itu Manis...

Madu

madu bukan saja manis

tapi berkhasiat

aku bukan nak cerita pasal madu lebah tu....

tapi aku nak cerita pasal bermadu dalam perkahwinan.

ni kisah benar ni, pengalaman aku sendighi

tapi bukan pengalaman aku dimadukan naih muahahah

kisahnya bernula begini:

satu hari tu aku masuk kelas. dalam kelas ni ada 2 orang sahabat baik namanya Nina dan Haza. depa dua ni memang rapat tak kira la dalam kelas ka or kat asrama. bukan setakat classmate tapi depa dua ni juga adalah roomate.

tengah aku khusyuk menulis kat papan tulis n anak-anak murid aku khusyuk menyalin, tiba-tiba:

Athirah: Cikgu...! Ada orang teriak cikgu!

Cikgu Faizah: *adeih! pasaipa plak dah budak-budak ni. tetiba ja teriak plak ni(gumam aku lam hati)

Haza: Cikgu, Nina keriau cikgu (then satu kelas dah kelam kabut lepaih tu)

aku pun pusing tengok keadaan kelas. aku tengok si Nina dah tertunduk menangis teresak-esak. aku pun pi dekat dia n tanya:

Cikgu Faizah: pasaipa ni Nina?

Nina: sob... sob...sob...

Haza: Cikgu, kaki dia kena ketit (gigit) tebuan tgh malam tadi kat asrama. pagi ni dah bengkak.

Cikgu Faizah: ok2. kamu bawak turun dia rest kat bawah. mak ayah dia tau dak lagi pasai ni?

Haza: Tadi saya telefon ayah saya dah. dia kata satgi dia mai bawak pi klinik.

erk! dalam hati aku dok kata "baguihnya si Haza ni, kawan dia si Nina ni kena gigit tebuan dia yg siap2 kol bapak dia plak. "

then, aku pun bawak la depa turun rest kat bawah sementara tunggu ayah Haza sampai. Nina masih lagi dok menangis sampai aku takleh nak tanya apa langsung huhu.

aku pun balik bilik guru n bagitau la pada guru-guru senior apa yang jadi lam kelas td. tanya depa either aku kena kol parents si Nina. then, salah sorang senior aku bagitau.

Cikgu Sal: Faizah tak yah tipon parents Nina pun takpa dah pasai si Haza n Nina tu dua beradik. depa tu adik beradik tiri.

Faizah: erk! biaq betoiiiii. selama ni tengok depa dua orang rapat ja. pi mana pun berdua. ingat ka depa tu kawan rapat rupanya adik beradik tiri.

tergamam aku sat sebab tak menyangka such this thing bleh terjadi...

si Haza adalah anak isteri tua manakala si Nina adalah anak isteri muda. tengok! manis kan bermadu macam ni...

sama-sama anak2 tiri bleh jadi best friend lam kelas n kat bilik di asrama.... belajar sama-sama, makan sama-sama, outing sama-sama, bersukan pun sama-sama.

Dan, aku dapat nasihat dari seorang guru senior. katanya:

"kekuatan sebuah kapal tu terletak pada nakhodanya. jika nakhodanya bagus, bagus la anak-anak kapal tu.. jika nakhodanya tak baik, tak pandai memimpin, kucar-kacir la kapalnya tu....."

  • hmmm aku berfikir sejenak hehehe

Ini Ada Satu Kisah....



Ini ada satu kisah,

seorang usahawan wanita

yang berjaya dalam perniagaannya

menjual Yong Tau fu



macam-macam ada
berbagai-bagai pilihan


SEDAP!!! SEDAP!!! SEDAP tawww


T A P I

yang pasti....




ni bukan bisnes aku ni tawww hehehehe




The Ting Gath Raya

The Ting Gath Raya Bod Kedah/Perlis
Venue: Villa kak ebok
Tarikh: 20/10/2007
Masa: 3.00 pm-6.00pm
Forumer yang hadir :
ebok, noret, MsCin, Hang, Adzril, Ultra, yanalisa, alongart, jj, ayugirl, jelma, eis_82 & Lealaurielle
Acara: Mee-Ting, Ea-ting, Da-ting




Dalam pukul 3 lebih aku sampai kat umah kak ebok
teruih aku terjah dapoq tengok depa dok masak apa
nampak kak ebok ngan kak noret dok bz buat preparation
skodeng kak noret dok wat apa...


dia dok potong fishball n fishcake.
hiris slice by slice nipis2 n cantik ja...




baguih sungguh la anak dara ni. patut terer goreng bihun sampai amat mkn berpinggan-pinggan. tertib lendik org tua-tua kata...



Makanan dan lauk-pauk yang sedap bangat


Sotong sumbat yang menjadi kontroversi hehehe


Antara forummer yang hadir dan kerenah mereka yang macam-macam hehehe


Qistina anak Alongart n Yanalisa



Lastly,
thanx to kak ebok n kak noret pasai sediakan kami makanan yang the very the marvelous the yummy
A N D
yang paling penting
the deliciousssssssssss

Raya Celebration @ Swimming Pool

1st day Raya tahun ni aku demam
baju raya pun pakai sat saja
buat mahal-mahal tapi sampai ja time tengahari aku tak tahan dah
terus tukaq baju pakai t-shirt ngan kain batik
n terbungkam tidoq kat lam bilik cousin aku kat kampung...
sedara mai pun tak mampu nak layan
malam tu suhu badan aku meningkat sampai 38.7 darjah celcius
tinggi dak suhu aku Doktor Mkay? huhuhu

2nd day raya gagahkan diri gak pi beraya
sib baik ada org tolong drive hehehe
dan pi umah kak ebok n kak noret
paihtu balik umah rasa tak larat lagi
tu la.. sapa suh pi beraya jugak!

3rd day raya
dah tak larat sangat2 dah...
dok rest ja kat umah sampai 4th raya
sampaikan reunion bdk2 maahad pun aku takleh pi
tak larat sangat2+sakit badan+cirit birit huhu
sorry naaa yati naih...

5th Raya baru aku ghasa betoi-betoi sihat dah so,
aku, adik aku, abang, kak ipaq ngan anak2 menakan aku plan pi swimming pool
pakat mandi-manda sepuaih2nya hehehe


Tolong!!!! Tolong!!!! Anak sapa hanyut ni




owwww fuiiiiyoooo ghupanya kakak dah pandai floating...
baghu 2-3 kali pi pool dah pandai floating dah :D



sat-sat... cuba zooom in dekat-dekat tengok.
macam pelik ja kakak floating



Uhuks! rupa-rupanya floating pakai swimming board yang mak cik beli ghupanya... Adeih! tertipu mak cik


Yang tu kerenah kakak
kita tengok kerenah adik plak



Dengan abah kesayangannya huahuahua




Like father like son kan? kan? kan?




Adik yang kesunyian bila tak bersama ngan abahnya
dok wat aksi tak ketahuan seghupa org kesunyian hahaha



Paihtu aku ternampak la soghang mamat ni


nampak macho weiiii




Fuhhh!!! macho n bergayanya mamat ni!!!!
dengan google mahai 47 hengget hat dia beli pakai duit ghaya yg aku bagi huhuhuhu


siapakah dia?

hehehe ni la adik aku

ensem dak????

key lah..... itu saja kot gambaq2 masa pi swimming hari tu...

bye....

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
untuk semua muslimin dan muslimat...


dikesempatan ini
aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
andai terkasar bahasa tersinggung perasaan dan 'ter' yang sewaktu dengannya
andai ada kesilapanku itu,
harap dimaafkan ...


Raya kali ni,
aku rasa lapaq nak makan macam-macam
lapaq nak makan ketupat+gulai daging
nasi impit+ rendang ayam
lapaq kuih raya,
lapaq KFC, lapaq Pizza (yang dah sebulan lebih dah tak mkn kuikuikui)
huhuhuhu


macam orang ngidam plak :D


tengok kuih raya ni macam sedap ja...
nak pi makan kuih raya la hehehehe
Jommmmmmmm


keylah... angpa nak balik kampung tu drive elok-elok

ingatlah orang yang tersayang..

bye... bye....

Reunion Ex-mmas PMR97/SPM99


ANNOUNCEMENT UNTUK EX-MMAS

Jemputan ke 'PERJUMPAAN AIDILFITRI' EX- MMAS PMR'97/SPM'99


pada: hari Isnin 3 Syawal jam 2ptg- 6.30ptg,


tempat: Hotel Sri Malaysia, Alor Star


bayaran: RM30 seorang


utk join sila bank-in RM30 ke akaun maybank 103016037250 (MOHD HAMDAN B MAT NOH)kemudian sila sms nama penuh berserta tarikh dan masa bank-in (rujuk slip) ke nombor 0124523248 sebelum 25 Ramadhan...



-sebarang pertanyaan hubungi 0124523248 (tantawi) sms utk pengesahan shj akan diterima...sebarang pertanyaan sila call terus...sms x larat nk layan... mai jgn xmai no....


Jom pakat ramaikan majlis.


Dah lama sangat tak jumpa member2 lama ni...

Kita Semakin Menghampiri Kematian....

Di saat aku menyambut hari kelahiranku,

ada orang yang sedang bersedih,

dengan kehilangan ahli keluarga atau orang yang terdekat dengan mereka

Dah 2 tahun berturut-turut time birthday aku,
ada ja kematian....

orang yang terdekat ngan aku plak tu.

Sedar tak sedar
Sebenarnya kita semakin menghampiri kematian.


28/9/2007

Salah seorang mak saudara pupu (sepupu mak aku) meninggal. semalam aku balik kampung melawat jenazah beliau...


28/9/2006

Aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang lecturer kesayangan aku di UIA dulu. Dr Latifah namanya...

ni adalah entry aku dalam blog frienster aku tahun lepas...

28hb 9 mungkin tarikh yg bermakna untuk aku. ye la... sbb 28 hb 9 adalah birthday aku.
tapi tadi masa aku tengah bukak posa aku dikejutkan dgn satu berita. Dr. Latifah (wife Dr Alias) meninggal semalam.

Berita ni aku dpt tau dr farah. dia yg forward msg kat aku. memang terkejut sgt sebab Dr Latifah ni was one of my favourite lecturer. rasa sedih plak sbb ari tu masa konvo tak sempat nak pi jumpa dia. masa konvo hari tu memang ingat nak pi jumpa lecturer2 yang aku tak sempat jumpa, tapi disebabkan aku terpaksa balik tergesa-gesa, opis dah kol suh balik buat preparation utk presentation, so terpaksa kansel plan tu... hmmm.. dgn kengkawan pun ada gak yg tak sempat nak jumpa n bergambaq.

ingat lagi dulu masa kelas intermediate microeconomics dgn Human Resources Development, Dr. Latifah mmg suka bagi byk assg. masa dulu aku malas gak nak buat assignment tp malas2 pun tak penah pun aku miss buat. setiap minggu ada assg ngan quiz. tp asg2 n quiz ni la yg banyak bantu aku score dlm 2 subjek ni. dan 2 subjek ni la yang banyak bantu pointer aku..
time dia ngajaq tak tau pasaipa, bila tgk muka dia mesti teringat kat mak aku.... that's why masa dia ngajaq aku bagi sepenuh tumpuan sbb pandang ja dia rasa mcm pandang mak aku ja.... cara dia cakap and cara dia layan kami macam dia layan anak dia sendiri....

Husband Dr. Latifah plak, Dr Alias ajaq aku subjek Environmental Economics. Harap Dr. Alias tabah menghadapi semua ni....

hmmm.... nampaknya bukan saja aku akan ingat tarikh 28hb 9 ni as my birthday, tp aku akan ingat coz masa tarikh ni la aku kehilangan lecturer kesayangan aku....

Dalam Kenangan:
Dr. Latifah Mohd Noor

Esok ka? Malaysia - UK


Esok ka Murni nak bertolak dah?

hmm rasa macam baru semalam ja aku kenal dia,

padahal dah tujuh tahun perkenalan kami

dan,

esok Murni akan bertolak

meninggalkan bumi Malaysia

menyambungkan pelajarannya di University College of London (UK)

katanya nak amik Master,

paihtu nak teruih sambung buat PHD,


sedih aku...

bila memikirkan yang aku takkan dapat jumpa dia
sampai bertahun-tahun lamanya

sob...sob....sob...

tapi, hang jgn lupa on9 naih Murni...


Kami sempat buat reunion untuk Murni minggu lepas. Dapat jugak la bergambar kenangan sebelum Murni berangkat :)



Murni tgh kampoi mkn bihun sup. kat UK nanti takdak dah nooo... hang nak mkn kena masak sendighi la... hehehe


Dari kiri: Murni (R.A UIA) dan Khalilah (engineer muda) :D






Fida tengah melepaskan rindu dendamnya kat sizzling mee.
Rupanya, dah setahun aku tak jumpa Fida. Makin ayu la lecturer muda Insaniah ni :)

dari kiri: Yati (bakal cikgu ni), Murni, khalilah n Fida




Sweetheart Murni (yang akan ditinggalkan di Malaysia) dengan Sweetheart aku (yang sentiasa berada disisiku hehe)


Bye bye Murni.... Tunggu aku kat sana naih... aku akan menyusul nanti. InsyaAllah :)

Tips Menjawab Telefon Ketika Sibuk

Soalan: haloo, may i speak to ina please?

Jawapan: maap.sini bukan balai polis


Soalan: haloo, siapa disana?

Jawapan: ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..


Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?

Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?

Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.



Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.

Jawapan: sila panggil sendiri. saya sibuk. Maap




Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...

Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.



Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?

Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betulle tu.



Soalan: assalammualaikum...

Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon. salam kite wajib jawab hehe)

Adakah Aku Sedang Dilamun Cinta?

Cinta,

manusia akan berkorban apa saja demi cinta,

kata orang,

demi cinta...

lautan api sanggup direnangi

gunung everest sanggup didaki....

betul ker?


Cinta,

kadang-kadang membuatkan kita hilang pertimbangan,

kadang-kadang membinasakan kita,

kadang-kadang membahagiakan kita,

kadang-kadang pahit,

dan kadang-kadang manis....


Aku rasa aku macam......

dilamun satu perasaan yang indah,

satu perasaan yang tidak dapat digambarkan,

ya, aku rasa aku dilamun......

............. cinta.............


semalam kami bersms bagai la kan, antara aku dan dia...

sms kami berbunyi camni la: (Aku dan Dia)


sms Dia: Assalamualaikum... teacher, how to understand about this, this and this....


sms Aku: oooo it is about bla.... bla... and bla..... You need to understand about this... this... and this...


sms Dia: ok teacher, saya dah faham dah... thanx...


sms Aku: I'm glad you can understand, my dear. how about your preparation for your trial?


sms Dia: dah ready dah... but i'm afraid la teacher.


sms Aku: don't worry. Try to do a lot of exercises and we will try to discuss about that exercises later. The most important thing is that you need to work hard...


sms Dia: Allright... ni yg bertambah lg semangat nak blajar ni.....


Lepas ja sms ni aku dah zzZZZzzzzZZZZzzzZZZzzzzZzZzzZZzzz dah

Then, 10 minutes later, I got another sms:



sms Dia: Teacher dah tidur yer.. sweet dream... saya doakan teacher slalu.. I love you teacher.... ---> sms ni aku baca dengan sebelah mata saja yg terbuka sebab terlalu mengantuk. sambil sengih-sengih sendirian sampai tertidur.... :D


My dear, this is for you:




YA! aku dah jatuh cinta sebenarnya.... jatuh cinta dengan KERJAYA aku!


pst: jgn salah sangka naih... student aku tu perempuan... kata2 aku tu hanya dari seorang guru kepada anak muridnya saja :)

tp honestly, sejuk jer hati bila dapat sms mcm ni dari pelajar kita... rasa tak rugi keringat ni tumpah untuk mereka *wink....

Cerita-Ceriti Pasal Ikan

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan: Ikan Haruan... pasal dia sentiasa terharu.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?
Jawapan: Ikan goreng... kalau dah kena goreng, kekadang sampai hangit.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
Jawapan: Ikan Sardin... sebab buat muka sardin je memanjang.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan Kering... sebab poket selalu kering .

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?
Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney... pasal dia asik pegi pati (Party).

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa yang sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan paus (whale). Whale whale... whale whale... whale...whale...

Hahahahaha apa2 pun .. paling best .. serunding ikan makan dgn ketupat palas atau nasi impit nyum nyum :) erk! adakah aku dah teringat kat juadah raya ni? raya lambat lagi la....

Jom Swimming :)


Cutilah masa yang paling sesuai untuk bersama keluarga
Cuti adalah masa yang paling sesuai untuk berehat-rehat

Cuti juga masa yang paling sesuai untuk tenangkan fikiran

Cuti juga masa untuk makan-makan bersama keluarga dan orang tersayang hehehe



Sekadar gambar hiasan menjamu mata saja ni nyummie nyummie


dan waktu cuti lah masa yang paling sesuai untuk bergumbiraaaaa :)
Cuti kali ni aku bersama-sama anak buahku ke kolam renang di satu tempat percutian rahsia hehehe.

Rahsia la sangat :P

sempat swimming n hilangkan rindu pada swimming...

kalau aku tak silap dah setahun aku tak swimming

sejak grad :(

dulu, masa di UIA, setiap petang,
swimming pool la tempat yg aku tuju dan kali ni,
dapat jugak lepaskan rindu pada aku pada swimming :)

Ni, aksi kakak dan adik di dalam kolam

(kedua-duanya ni anak buah aku yang teramat la buaihnya :P )




Adik tengah kontrol macho hehehe



puas aku berebut googleku yang satu ni dengan adik... akhirnya dapat kat dia jugak :p

(aku siap bagi alasan kat dia, kalau makcik tak pakai google ni satgi mata makcik tercabut.. dia buat booo layan ja kat aku hahaha



Cara-cara memakai google dengan betul :P




Aksi kakak the cute plak...



Aksi-aksi terlampau dari kakak hehehe




Cara-cara bernafas dengan betul hahaha

Penat dah swimming,

aku nak tidur dah ni... Jom tidurrrrr... Good night :)



Ekspedisi Ke Gunung Jerai



Gunung Jerai, here we comeeeeeee!


28/7/07, aku dan beberapa org guru telah mengiringi pelajar-pelajar aku berekspedisi ke Gunung Jerai. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini ramai la jugak. lebih kurang 100 orang jugak la...


Perjalanan masa mendaki kami naik van jer... masa turun kami jalan kaki ikut denai. pastu turun sampai la ke Tangga Kenari. Destinasi terakhir kami ialah di Air Terjun Titi Hayun. Ni la antara gambar-gambar yang sempat di snap.




Perjalanan bermula seawal pagi. Semangat betul la students aku ni :p



Barisan guru dan staf yang mengikuti ekspedisi kali ni.



Pelajar-pelajar aku tengah sabar menanti ketibaan van di kaki Gunung Jerai. Cari sendiri mana satu Cikgu Faizah yang terselit tengah-tengah pelajar itiewww



Sampai saja kami di puncak Gunung Jerai, pandangan kami terarah ke sebatang pokok. Di pokok tersebut terdapat satu/sebuah/ sebijik (erk! penjodoh bilangan apa yg sesuai tak tau :P) sarang semut yang teramat la besarnya. First time tengok ni....



Di puncak Gunung Jerai.
Sebingkis ucapan dan nasihat dari ayahanda pengetua sebelum memulakan ekspedisi.



Telaga Tok Sheikh yang terletak di kawasan puncak Gunung Jerai.


Orang kata air dari telaga ni bagus untuk menyembuhkan penyakit. Ada plak orang suruh aku minum, katanya untuk cepatkan jodoh . kuikuikui depa nak suh aku kawen cepat la gamaknya hahaha :D.


Tapi aku tak pasti la sejauh mana khasiat air telaga ni. Tapi yang pasti air telaga ni memang bersih dan betul-betul sejuk. Macam minum air sejuk ja... (Wallahua'llam)



Perjalanan menuruni Gunung Jerai dimulakan mengikuti denai yang telah sedia ada.




Akhirnya, sampai juga kami di Tangga Kenari.


Menuruni Tangga Kenari ni lagi mencabar dari menuruni menggunakan denai. Tangga Kenari mempunyai lebih 1000 anak tangga. Kami sampai di bawah (Air Terjun Titi Hayun) kira-kira pukul 1 tengahari dah terus makan tengahari di situ.

Sorry sangat-sangat pasal gambar-gambar di Air Terjun Titi Hayun tu takdak...


Tak larat dah aku nak snap gambar. pasai kaki aku dah sakit dok jalan kengkang dah masa tughun tuuuuu. ni angkara masa turun kat Tangga Kenari tu la. Turun ikut denai takpa ja.. releks ja tapi turun ikut tangga tu fuhhhh mencabar betoi...


Lepas ja program ni sapa-sapa yang ikut ni (pelajar+cikgu) hampir semua jalan semacam ja... kengkang selama seminggu hahahaha.... kalau ada lagi program macam ni macam nak ikut lagi ja. Best o0o0o0....

Stir Fried Spinach With Garlic

    This is how I enjoy SPINACH hihihi Love the aromatic fried garlic that I put to my sauteed spinach. Ingredients: ...